
alam hubungan intim, puncaknya adalah orgasme. Bagi kaum wanita, orgasme sukar dicapai kerana memerlukan pemanasan dan rangsangan terlebih dahulu. Tetapi ramai lelaki, pada kebiasaannya, kurang mengendahkan fakta ini apabila mereka sedang panas mencapai orgasme. Idealnya, pasangan suami isteri harus mencapai orgasme serentak agar kedua-duanya menikmati puncak keghairahan.
Namun, apa yang terjadi, kaum lelaki biasanya mendapat orgasme dahulu. Lelaki yang normal (iaitu tidak mengalami masalah disfungsi seksual, kesihatan) akan mudah terangsang dan mengalami orgasme sementara wanita terpaksa menerima hakikat yang dia ketinggalan, tetapi diakui juga yang dia memperoleh orgasme agar tidak mengecilkan hati suaminya.
Tinjauan Durex mendapati 80% wanita berpura-pura mendapat orgasme, bahkan 39% di antaranya tidak pernah mengalami orgasme ketika bersanggama. Menurut satu penelitian lain, orgasme palsu sering dilakukan kerana 90% wanita menilai bahawa kaum lelaki tidak dapat membezakan di antara orgasme palsu dan asli.
Kebanyakan wanita tidak akan memberitahu hal ini kepada pasangan mereka kerana mempercayai orgasme palsu menambahkan kepercayaan diri pasangan mereka, padahalnya tidak.
Pada prinsipnya, lelaki dan wanita memiliki hak yang sama dalam mendapat kepuasan dan kenikmatan saat bersanggama. Oleh itu, pasangan suami isteri sebaiknya saling membimbing ke arah yang diinginkan dan mengutarakan bagaimana sebaiknya hubungan intim dilakukan. Para wanita jangan merasa malu untuk mengungkapkan apa yang dirasakan saat berhubungan dan apakah anda mencapai orgasme atau tidak.
Tuesday, June 2, 2009
Ramai Wanita Berpura-Pura?
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 6/02/2009 04:55:00 AM 0 comments
Tips Melentur Wanita...
Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi aku merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.
Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, aku dapat meringkaskannya kepada tiga.
1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka.
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria.
Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.

Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal.
Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Ini hanyalah dua contoh tetapi aku pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan.
Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. aku tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.
Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu.
Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.
Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan.
Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.
Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 6/02/2009 04:51:00 AM 0 comments
5 Info Kesihatan Buat Lelaki...
1. Sindrom Metabolik sebabkan kekurangan testosteron
Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) 14th Annual Meeting and Clinical Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui penelitian ke atas 2,162 lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40 peratus hyperlipidemia. Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi seksual, keletihan atau perubahan emosi.
![]() |
2. Kacang Brazil kuatkan sperma
Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat bahan radikal.
3. Ramai lelaki hidap kanser kulit
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Daniel J Van Dume dari Universiti of South Florida, mendapati bahawa lelaki lebih ramai terdedah kepada gejala kanser kulit. Ianya dikatakan berpunca daripada sikap lelaki sendiri yang kurang menitikberatkan aspek penjagaan kulit, kurang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal serta gaya hidup lelaki itu sendiri.
![]() |
4. Osteoporosis di kalangan lelaki
Fakta menunjukkan satu daripada 10 lelaki berusia di atas 80 tahun menghidap osteoporosis. Ketika seorang lelaki mencapai usia 70 tahun, secara berkala, setiap tahun dia akan kehilangan sejumlah kalsium daripada tulangnya. Pakar berpendapat, lelaki mempunyai sumsum yang berbeza dengan wanita. Osteoporosis di kalangan lelaki terjadi kerana faktor usia dan nutrisi. Lelaki yang jarang bersenam juga lebh mudah mendapat osteoporosis. Kajian menunjukkan bahawa jumlah hormon testosteron juga berpengaruh pada risiko osteoporosis. Semakin sedikit jumlahnya, semakin besar risiko terkena osteoposis. Oleh itu, tidak ada salahnya lelaki muda ‘membentengi’ diri daripada masalah kesihatan ini. Pastikan anda mengambil vitamin D dan kalsium yang mencukupi setiap hari. Kira-kra 2,000 mg kalsium diperlukan lelaki untuk keperluan harian. Anda juga boleh mendapatkan nasihat pakar pemakanan untuk diet tepat.
5. Komplikasi tindik alat sulit
Alasan lelaki menindik alat sulit kerana kononnya perbuatan ini boleh memberi kepuasan luar biasa kepada pasangan. Namun, sama ada benar atau tidak perkara ini ia masih belum dapat dibuktikan secara saintifik. Sebenarnya, perbuatan menindik alat sulit ini boleh mendatangkan beberapa komplikasi. Pertama, ia mungkin menyebabkan masalah alahan apabila alat hiasan terutama apabila anda memilih aksesori yang diperbuat daripada bahan-bahan logam seperti besi, dan tembaga. Kedua, mereka yang menindik alat sulit boleh mendapat jangkitan saluran air kencing dan yang ketiga ialah masalah pendarahan yang tidak berhenti. Pendarahan sepatutnya berhenti apabila masuk hari yang ketiga.
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 6/02/2009 04:48:00 AM 0 comments
Bergaya Dengan Kemeja POLO...

Apabila tiba musim panas, fesyen dan penampilan kita perlu bersesuaian dengan keadaan cuaca. Fesyen pakaian seperti jaket dan berfabrik bulu berubah kepada pakaian yang lebih nipis dan warna-warna warm muncul lebih trendy. Bersesuaian untuk cuaca panas, kemeja polo adalah pilihan tepat untuk digayakan. Ia lebih kasual dan santai.
Sejak René Lacoste, pemain tenis legenda Perancis mencipta kemeja polo, kini pelbagai jenama dan pereka fesyen terkenal telah menghasilkan kemeja polo yang lebih trendy. Kemeja polo yang terdapat di pasaran hari ini juga lebih kontemporari dengan rekaan corak, warna dan fabrik berbeza.

Kemeja polo yang asalnya dikenali sebagai kemeja tennis shirt dan golf shirt ini direka seperti kemeja-T tetapi berkolar. Biasanya terdapat butang (dua atau tiga) yang terletak di bawah kolar. Kebanyakan kemeja polo diperbuat dari fabrik knit dan biasanya terdiri dari fabrik pique cotton, sutera, merino wool serta synthetic fibers. Kemeja- T berkolar dan berlengan panjang juga dipanggil kemeja polo.
Bijak Suaipadan
Sekiranya anda seorang yang gemar berpenampilan ringkas dan kasual, kemeja polo seharusnya ada di dalam almari pakaian. Sekurang-kurangnya dua atau tiga helai yang menarik dan berjenama. Pakaian dengan potongan seakan kemeja-T ini juga sebenarnya sesuai untuk stail semi formal atau ke pejabat. Anda boleh padankan dengan sehelai jaket atau blazer. Ini adalah salah satu contoh bagaimana mahu menggayakan kemeja polo agar tidak nampak terlalu ringkas dan membosankan. Apa yang penting anda bijak suaipadankannya.
- Pilih kemeja polo yang menggambarkan penampilan dan gaya anda. Sekiranya anda seorang yang konservatif, pilih kemeja polo yang berwarna terang seperti hijau atau pink pilihan warna terkini untuk lelaki.
- Pakai kemeja polo berwarna hitam menukar gaya preppy ke gaya lebih moden dan sofistikated.

- Pilih kemeja polo yang sesuai dengan pilihan warna dan pakaian lain di dalam almari anda. Anda perlu bijak memandakannya dengan pakaian dan aksesori lain.
- Pilih kemeja polo yang tidak labuh sehingga melepasi pinggul. Agar tampil lebih bergaya, jangan tuck in hujung kemeja.
- Untuk gaya kasual atau keluar di siang hari di musim panas, gayakan dengan seluar Bermuda mahupun kargo.

- Anda juga boleh gayakan kemeja polo dengan seluar khakis mahupun jeans.
- Gaya smart casual boleh ditampilkan dengan memadankan kemeja polo dengan seluar slacks dan jaket atau blazer untuk ke pejabat.
- Cuba gayakan kemeja polo berwarna atau berjalur putih biru dan padankan dengan seluar berkaki besar untuk stail nautical.

- Ingat tidak semua kemeja polo direka dengan potongan yang sama. Pilihlah yang sedikit ketat untuk tampil stail terkini.
- Untuk kemeja polo yang berkualiti dan dilihat sentiasa in, pilihlah kemeja polo dari jenama popular seperti Lacoste, Fred Perry dan Ralph Lauren.
- Jangan sesekali memakai kemeja polo tuck in dengan jeans. Ia membuatkan penampilan anda nampak out of date.
- Tali pinggang O-Ring
Ia adalah pilihan tepat untuk mengelak anda tampil dengan gaya formal. Tali pinggang kasual berkepala bulat seperti ini sememangnya akan kelihatan menarik apabila dipadankan pula dengan sandal atau sneakers - Seluar denim
Seluar denim juga pilihan tepat untuk tampil gaya kasual. Di pasaran hari ini pelbagai potongan dan jenis seluar denim yang memikat pandang. Seluar denim lusuh atau berwarna dan straight cut agak menarik, dan cuba miliki sehelai seluar denim yang berjenama. Pilihan seluar denim anda itu biarlah bersesuaian dengan warna dan material kemeja polo. - Flip flops atau selipar getah
Pemakaian flip flops atau selipar getah kini tidak lagi untuk gaya yang santai sahaja. Saya sendiri gayakan ia dengan sehelai seluar jeans dan jaket kesayangan untuk ke parti. Tambah, ia nampak cool. - Kaca mata gelap
Sudah tentu tidak lengkap pakaian untuk musim panas tanpa sepasang kaca mata gelap yang menarik. Ia adalah aksesori fesyen yang harus dimiliki. Pilihan kaca mata gelap yang sesuai dengan bentuk muka, anda akan tampil seperti seorang selebriti.
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 6/02/2009 04:31:00 AM 0 comments
Tuesday, January 6, 2009
Armageddon - End Of Days [Kiamat]
Armageddon (Greek Αρμαγεδων; [armagedôn] also spelled Har-Magedon, or, in some modern English translations; the Mount of Megiddo), is the site of the final battle (or campaign) between God and Satan (whose name means 'adversary'), also known as the Devil. Satan will operate through the person known as the "Beast" or the Antichrist, written about in the Book of Revelation in the New Testament. More generally, it can also refer to an apocalyptic catastrophe. The word Armageddon in Scripture is known only from a single verse in the Greek New Testament,[1] where it is said to be Hebrew, and is thought to represent the Hebrew words Har Megido (הר מגידו), meaning "Mountain of Megiddo". Megiddo was the location of many decisive battles in ancient times (Battle of Megiddo).
Meaning Of Armageddon-End Of Days in Islam:
The Islamic Prophet Muhammad has prophesied about several events that will occur just before the advent of the Day of Judgment (Qiyamah). Among these, Muhammad has foretold the return of Imam Mahdi at the Kaaba, the main Islamic holy site, and Jesus (Isa in Arabic), who will materialize when a false claimant to divinity (the Dajjal) will attempt to misguide humanity into worshiping him. Jesus will descend from the fourth sky in Al-Quds (Jerusalem), pray behind Imam Mahdi[citation needed] pursue and kill the Dajjal, destroy the savage and unbelieving armies of Gog and Magog. Imam Mahdi with Isa and devoted followers will bring peace and brotherhood to the world. Christians will recognize the truth and accept him only as a Messenger of God,[citation needed] the religion of God (Islam) will rule the world justly.
There will be no oppression and no need to fight oppressors (war will be abolished) and no need to collect Jizya, since there will be no non-Muslims to collect this tax from. Every human being will be well-off and no one will accept charity. Jesus will perform Hajj (pilgrimage), marry, remain married for 19 years, beget children, and die after living on earth for 40 years.[citation needed] His death will signal the beginning of the last days.
God Himself told prophet Muhammad that Qiyamah will not occur until there are no people that remember the god,until there are no LA`ILA HA ILLALLAH in the heart of all people.When this day comes.There will be no world like nowadays.We will face our gratest fear.Not the death but the god`s punishment for all our bad deeds.
God has show us the sign and warning...

THE TSUNAMI
THE TORNADO
THE EARTHQUAKE
Now...We need to think.Are we ready to face it???Are we sure that we are going to heaven???
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 1/06/2009 12:10:00 AM 0 comments
Monday, January 5, 2009
Sagittarius Characteristic...
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 1/05/2009 11:43:00 PM 0 comments
Sunday, January 4, 2009
Newlife begins....
ZzZzzZZzz...
Dreaming bout bad things...
Thinking bout sad things...
Things ur have done...
Bad things...
Hope u can turn back time and repair it...
Hope to get the second chance...
But...
Is everyone get the second chance???
Is everyone wants a second chance???
Is everyone knows the meaning of second chance???
Is everyone appreciate the second chance???
No...
Not everyone get that...
Not everyone wants that...
Not everyone knows that...
Not everyone appreciate that...
So...
When u get a second chance...
Or third chance...
Or fourth chance...
Or fifth chance...
U r a very lucky person...
Use it wisely...
Make it a very very very good one...
Make a NEWLIFE...
Because...
We dont know how many time that god give us chances...
1...
2...
or 3...
Appreciate the chance...
And enjoy ur NEWLIFE...
Made by sHaH_sMoKaHoRLiCs at 1/04/2009 06:41:00 PM 1 comments





