DUNHILL AND WINSTON

Tuesday, June 2, 2009

Bergaya Dengan Kemeja POLO...


Apabila tiba musim panas, fesyen dan penampilan kita perlu bersesuaian dengan keadaan cuaca. Fesyen pakaian seperti jaket dan berfabrik bulu berubah kepada pakaian yang lebih nipis dan warna-warna warm muncul lebih trendy. Bersesuaian untuk cuaca panas, kemeja polo adalah pilihan tepat untuk digayakan. Ia lebih kasual dan santai.

Sejak René Lacoste, pemain tenis legenda Perancis mencipta kemeja polo, kini pelbagai jenama dan pereka fesyen terkenal telah menghasilkan kemeja polo yang lebih trendy. Kemeja polo yang terdapat di pasaran hari ini juga lebih kontemporari dengan rekaan corak, warna dan fabrik berbeza.


Kemeja polo yang asalnya dikenali sebagai kemeja tennis shirt dan golf shirt ini direka seperti kemeja-T tetapi berkolar. Biasanya terdapat butang (dua atau tiga) yang terletak di bawah kolar. Kebanyakan kemeja polo diperbuat dari fabrik knit dan biasanya terdiri dari fabrik pique cotton, sutera, merino wool serta synthetic fibers. Kemeja- T berkolar dan berlengan panjang juga dipanggil kemeja polo.

Bijak Suaipadan
Sekiranya anda seorang yang gemar berpenampilan ringkas dan kasual, kemeja polo seharusnya ada di dalam almari pakaian. Sekurang-kurangnya dua atau tiga helai yang menarik dan berjenama. Pakaian dengan potongan seakan kemeja-T ini juga sebenarnya sesuai untuk stail semi formal atau ke pejabat. Anda boleh padankan dengan sehelai jaket atau blazer. Ini adalah salah satu contoh bagaimana mahu menggayakan kemeja polo agar tidak nampak terlalu ringkas dan membosankan. Apa yang penting anda bijak suaipadankannya.
  1. Pilih kemeja polo yang menggambarkan penampilan dan gaya anda. Sekiranya anda seorang yang konservatif, pilih kemeja polo yang berwarna terang seperti hijau atau pink pilihan warna terkini untuk lelaki.
  2. Pakai kemeja polo berwarna hitam menukar gaya preppy ke gaya lebih moden dan sofistikated.


  3. Pilih kemeja polo yang sesuai dengan pilihan warna dan pakaian lain di dalam almari anda. Anda perlu bijak memandakannya dengan pakaian dan aksesori lain.
  4. Pilih kemeja polo yang tidak labuh sehingga melepasi pinggul. Agar tampil lebih bergaya, jangan tuck in hujung kemeja.
  5. Untuk gaya kasual atau keluar di siang hari di musim panas, gayakan dengan seluar Bermuda mahupun kargo.


  6. Anda juga boleh gayakan kemeja polo dengan seluar khakis mahupun jeans.
  7. Gaya smart casual boleh ditampilkan dengan memadankan kemeja polo dengan seluar slacks dan jaket atau blazer untuk ke pejabat.
  8. Cuba gayakan kemeja polo berwarna atau berjalur putih biru dan padankan dengan seluar berkaki besar untuk stail nautical.


  9. Ingat tidak semua kemeja polo direka dengan potongan yang sama. Pilihlah yang sedikit ketat untuk tampil stail terkini.
  10. Untuk kemeja polo yang berkualiti dan dilihat sentiasa in, pilihlah kemeja polo dari jenama popular seperti Lacoste, Fred Perry dan Ralph Lauren.
  11. Jangan sesekali memakai kemeja polo tuck in dengan jeans. Ia membuatkan penampilan anda nampak out of date.

Kemeja polo boleh dipakai dan digayakan mengikut citarasa atau stail tersendiri. Membosankan jika pilihan kemeja polo anda berwarna polos tanpa sebarang corak. Namun itu bukan suatu yang menjadi hal. Anda boleh lengkapkan pemakaian kemeja polo itu dengan menambah aksesori dan pilihan seluar yang bersesuaian. Mungkin senarai pelengkap gaya ini harus ada untuk bergaya di musim panas ini. Cubalah!.
  1. Tali pinggang O-Ring
    Ia adalah pilihan tepat untuk mengelak anda tampil dengan gaya formal. Tali pinggang kasual berkepala bulat seperti ini sememangnya akan kelihatan menarik apabila dipadankan pula dengan sandal atau sneakers

  2. Seluar denim
    Seluar denim juga pilihan tepat untuk tampil gaya kasual. Di pasaran hari ini pelbagai potongan dan jenis seluar denim yang memikat pandang. Seluar denim lusuh atau berwarna dan straight cut agak menarik, dan cuba miliki sehelai seluar denim yang berjenama. Pilihan seluar denim anda itu biarlah bersesuaian dengan warna dan material kemeja polo.

  3. Flip flops atau selipar getah
    Pemakaian flip flops atau selipar getah kini tidak lagi untuk gaya yang santai sahaja. Saya sendiri gayakan ia dengan sehelai seluar jeans dan jaket kesayangan untuk ke parti. Tambah, ia nampak cool.

  4. Kaca mata gelap
    Sudah tentu tidak lengkap pakaian untuk musim panas tanpa sepasang kaca mata gelap yang menarik. Ia adalah aksesori fesyen yang harus dimiliki. Pilihan kaca mata gelap yang sesuai dengan bentuk muka, anda akan tampil seperti seorang selebriti.

0 comments: